Tuesday 4 February 2014

Cara pemakaian & reaksi Tabita




Salam ....Tabita Loverzzz...pada pengguna yang baru mencuba Set Trial kat sini Feeza nak kongsi reaksi semasa menggunakan produk ni...

HARI PERTAMA :

Pada yang baru mencuba Set Trial ni kalau boleh rehatkan muka dari menggunakan sebarang produk dalam 2@3 hari, ini bertujuan supaya kulit kita tak terkejut sebab penerimaan produk baru.

PAGI :

Basahkan muka kemudian cuci muka dan leher dgn menggunakan Facial Soap (sebesar duit 20 sen) dah memadai. Sapu sehingga merata dan biarkan sebentar kemudian di bilas sehingga bersih.

Dalam keadaan muka masih basah ,sapukan Smooth Lotion yang sudah di tuang di atas kapas tipis kira-kira 1-3 titis. Usapkan ke wajah & leher dengan perlahan secara merata (jangan digosok / hanya ditekan).

Setelah merata, dalam keadaan lembab, pakai Daily Cream pada siang hari secara rutin

TENGAHARI / PETANG:

Cuci muka dan leher dengan Facial Soap bersih-bersih secara merata, dan bilas memadai hanya pakai Daily Cream sahaja.

MALAM :-

Basahkan muka kemudian cuci muka dan leher dgn menggunakan Facial Soap (sebesar duit 20 sen) dah memadai. Sapu sehingga merata dan biarkan sebentar kemudian di bilas sehingga bersih.

Dalam keadaan muka masih basah ,sapukan Smooth Lotion yang sudah di tuang di atas kapas tipis kira-kira 1-3 titis. Usapkan ke wajah & leher dengan perlahan secara merata (jangan digosok / hanya ditekan).

Setelah merata, dalam keadaan lembab, pakai Night Cream pada malam hari secara rutin

REAKSI SELAMA PEMAKAIAN TABITA………..

Pada yang pertama kali menggunakan Set Tabita ini, jangan risau apabila berlaku pengelupasan kulit (diantara 3 – 10 hari ). Ini cuma sementara untuk mendapat tona kulit yang sekata. 

Teruskan penggunaan Set Tabita mengikut rutin di atas .Hasilnya akan dapat dilihat dalam 3 -5 minggu .

SeLaMaT MeNcUbA....

No comments:

Post a Comment